Thursday, April 21, 2011

Merisik dunia!

Hello. Lama gila tak update blog. Last check tujuh juta hari lepas, sorry, hidup tengah terumbang ambing, esok lusa kita update blog ya.

Just nak bagitahu rakan sedara, aritu aku ade tercelik artikel tentag Bukit Broga. Dalam artikel tu banyak menyebut tentang kebanggaan individu tersebut yang tertalu bangga akan dirinya sendiri dek dapat memanjat bukit Broga tersebut. Dah tu pulak dia dengan bangganya buat kali kedua menggelarkan dirinya pendaki EKSTREM yang berjaya mencuit hati masyarakat sekelilingnya dengan pencapaian tersebut. Okey geli!

Bukit nie ler!

Jangan gelarkan diri anda pendaki lasak walhal anda hanya mendaki bukit broga. Kenapa orang dok excited nak ambil gambar kat sana, bila ambil gambar dekat sana berlandskapkan lapan juta pemegang DSLR yang lain. Tolonglah jangan katakan dengan saya idea anda untuk mendaki Broga, saya jijik.

Saturday, April 9, 2011



  1. Masa! kenapa 1hari tak boleh 40jam? perlu ke lebih masa untuk Twitter dan Facebook atau bola? ye ente budak baru belajar, mahu buat benda yang haprak je. pui! belajar malas. teruk-teruk, dia memang teruk!
  2. Milo ais! susahnya bila kita tak bersama kan? malam ini saya akan sedut awak sepuasnya, sehabisnya sampai ada bunyi slrppp. okay habis, lepas ni boleh order lagi. orang belanja lagi, lagi dan lagi. yay!
  3. Aku dapat tahu yang dia tu nak cari publisiti sendiri. Orang macam aku ni masa dia ketawa je dia datang, dah nangis baru nak dekati pun. adoii! janganlah macam tu teman. Biarlah kita kehn ching sama berdiri, cang kung sama kita rendahi. gurau!
  4. Dua minggu asyik straight turun kepadang, banyak betul skill yang aku belajar, bestnya seorang lelaki yang aktif sukan. hari-hari ade bola, hari-hari duit habis kerananya! bayar itulah, bayar inilah. Arghhh

Wednesday, March 30, 2011

Santapan Si Teruna!

  1. Dah dua hari aku asyik makan sakan , takpe perut punya pasal hati akan ikut kehendaknya! tapi sejak layan nafsu makan ni' rasa macam ada yang tak kena je! padahal aku bukan layan makanan murah-murah, Nak kata mahal pun tak jugak tapi takpalah pasal makan pun nak berkira nak jadi apa! sambung cerita, aku semalam pergi layan Western Food kat area-area Jb. Mula-mula ada nampak tempat ni terang benderang dengan lampu warna-warni! orangnya pun boleh tahan ramai makan kat situ, aku try laa suruh kawan aku usha datang situ, dia kata on je. Dye pergi cari parking! sambil-sambil tuh dia suruh aku turun dulu cari tempat duduk, maklumlah pelanggannya ramai sangat! Sampai je kat restoran tu aku nampak asap berkepul-kepul kat atas dan membuatkan kawan aku dah mula batuk-batuk. tapi asap yang aku tengok tu bukan sebarang asap sabab baunya kaw-kaw mencuit hidung! okay lepastu kitorang try cari meja, tapi takde yang kosong! terpaksalah tunggu orang belah. Nasib aku baik masa tuh, dapat la meja yang strategik jugak kedudukannya! kerusi pun cukup-cukup ada tiga untuk aku dengan kawan aku duduk!
  2. Meja nampak kotor tapi bagus orang tuh cepat-cepat bersihkan membuatkan aku semakin selesa nak duduk "pelanggan sentiasa betul kan" ! lepas tu orang mintak aku order apa , sebenarnya aku sebenarnya tak tahu nak makan apa. So aku suruh kawan-kawan aku order dulu! sorang tuh order chickenchop grill dan sorang lagi order chickenchop black-pepper gravy! apa punya aneh laa dua ekor nie. Tibanya giliran aku, aku try order chickenchop grill sama macam kawan aku yang first tuh dan air aku order Milo ais. Air kawan aku belanja so layan je laa! orang yang amek order tu terus blah and kertas yang dia buat amek order kat meja aku tu dia gantung guna pengepit baju letak dekat sebelah hujung kertas-kertas order yang lain! Bapaklah, tak silap aku ada dalam 30 keping kertas order tergantung kat situ. Kat situ je aku dah pikir yang maybe 2 atau 3 jam lagi laa makanan aku baru sampai! Arghh.
  3. Bunyi perut semakin lama semakin kuat! suasana sangat riuh rendah dan orang kat sini pulak ada bermacam-macam ragam! ada yang dah nak blah, ada yang baru sampai, ada orang yang tengah tunggu makanan dia yang tak sampai-sampai! takpelah senasib apa kita? kita sama-sama tunggu lama. Masa aku tengah tunggu tu, aku sempat la tengok mamat-mamat pekerja ni buat kerja! semuanya orang melayu tak kiralah yang masak kentang, yang jaga cashier,yang angkat pinggan,yang amik order,yang masak roti john dan lain-lain! semuanya aku tengok sibuk buat kerja, tak ada masa nak rehat tapi yang nak curi tulang tuh ada jugak! aku try perhatikan sorang-sorang, ade yang sorang nie memang pro bawak pinggan, sekali bawak terus je angkat 8-10 pinggan gitu! wahh nice view bro, itu mungkin sedikit hiburan dari dia dan mungkin dah mempunyai pengalaman lama kerja kati situ.
  4. Makanan pun dah sampai! masa yang ditunggu sudah tiba dalam 1jam15minit baru la sampai, perut yang sudah lama meminta-minta untuk diisi akan aku turutkan kehendaknya dengan sedikit suapan santapan gajah! Dalam kepala memang sentiasa terfikir 'kenapa aku tak order 2pinggan'? tak apa, apapun aku kena rasa makanan nie dengan perlahan dimulai dengan basmallah! aku yang rasa ayamnya dulu, fuhh sedapnya rasa lagi save makan kat sini daripada KFC. Makanan yang aku order memang puas dimakan. Tengah-tengah aku makan tu, baru aku rasa yang 1pinggan pun belum tentu boleh dihabiskan! apakanlah nak 2pinggan. Rasanya pun tersangatlah memuaskan, tak rugi makan kat situ. takpe biarlah mahal sikit tapi asalkan kepuasan tu dapat dirasa sedapnya macam kat dalam Tv tuh.
  5. Orang pun dah makin sikit! Jam pun aku tengok kat dinding dah hampir masuk pukul 1200 tapi restoran ni tutup pukul 2. Time ni lah aku nampak pekerja-pekerja ni dapat duduk sambil jamah makanan ringan. kesian dorang penat ni bekerja semata-mata nak cari rezeki halal. Apapun sekalung tahniah untuk restoran ni dan berharap aku dapat makan kat sini lagi. okay bai.

Saturday, March 26, 2011

Juara Nike 5 Zon Sentul

Nike Piala Kuala Lumpur 2010
Bandar Baru Sentul (Dataran Sri Perak)
5 & 6 Jun 2010.

Kelayakan zon ketiga tepat di tengah-tengah Dataran Perak flat Sri! Lebih daripada400 pasukanyang ikut ambil bagian akhir pekan terakhir!
Under-19 Category Winner
Liswah FC (Pasir Gudang,Johor)

KL Graff Line menyelesaikan pemasangan lagi dinding indah grafiti di akhirperlawanan!

Live band from Pelempang Hardcore Punk!

Blah Kalau Goyah!

























gambar aku takde, kesian betul!

1kali menang dapat 1sticker. cuba tengok dah berapa sticker team aku kebas
(Rekod kejohanan 24kali menang)










Gembira betul bila dinobatkan sebagai Juara!

Tak tahu nak cakap apa !



Thursday, March 24, 2011

Fur : The Naked Truth


Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu, binatang-binatang ni dilayan dengan sangat kejam, di campak sana sini. Teringat bila kali pertama tengok video pembuatan barangan bulu haiwan dekat youtube untuk presentation, meleleh air mata bila tengok satu bahagian dimana sangkar yang berisi puluhan kucing dicampak dari lori, dek impak lemparan banyak kucing-kucing cedera, patah tulang, lepas tu ada satu imej yang saya takkan lupakan sampai saya mati, dimana kawan kucing yang lain nampak kawan dia patah kaki, terus duduk sebelah, jilat bulu kawan dia, maybe dia cakap "Sabar ya kawan, kejap je lagi, lepas ni kita dah tak kena seksa", beberapa saat kemudian datang manusia kejam terus sentap kawan kucing yang sakit tu, lepas tu sembelih dan siat hidup-hidup depan kawan dia yang patah kaki tu. Oh my god, memang melelehlah air mata. Kejam sangat manusia. Bagi yang tak dibunuh begini, diorang samaada direbus hidup-hidup atau dielektrikkan sampai mati. Kejamnya.

Kita masuk pasal Fashion , kenapa kita bangga bila dapat pakai jaket berbulu . ye maybe kita suka sebab ianya nampak cantik , boleh panaskan badan dengan berkesan pada waktu sejuk ! ye kita memang gembira tapi yang menderita kita tak fikir . kita tak fikir dari mana dorang dapat bulu-bulu tu . So kepada semua please , berhentilah membeli soft toys atau segala produk berunsurkan bulu-bulu, anda boleh mengubah dunia. bukan kita seorang saja menghuni dunia ni .